Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Parti Pribumi Bersatu Malaysia
ڤرتي ڤريبومي برساتو مليسيا
Nama Bahasa InggerisMalaysian United Indigenous Party
Nama Bahasa Cina土著团结党
Nama Bahasa Tamilமலேசிய ஐக்கிய மக்கள் கட்சி
SingkatanBERSATU
PresidenMuhyiddin Yassin
Setiausaha agungHamzah Zainuddin
Pengasas
Diasaskan8 September 2016 (2016-09-08)[1]
Didaftarkan14 Januari 2017 (2017-01-14)[2]
Disahkan14 Januari 2017 (2017-01-14)[3]
Pecahan1. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
2. Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Didahului olehPersatuan Pribumi Bersatu Malaysia
Ibu pejabatTingkat 8, Menara Yayasan Selangor, 18A Persiaran Barat, 46200, Petaling Jaya, Petaling, Selangor, Malaysia
AkhbarMY BERSATU[4]
Tidak rasmi:
MalaysiaNow
Badan pemikirInstitut Masa Depan Malaysia
Sayap beliaArmada Bersatu
Sayap wanitaSrikandi Bersatu
Sayap Belia WanitaSrikandi Muda Bersatu
Keanggotaan ((sejak 3 September 2022))35,587,900
Ideologi
AgamaIslam
Penggabungan kebangsaanPakatan Harapan
(2016-2019) [5]
Perikatan Nasional
(sejak 23 Februari 2020)
Penggabungan serantauGabungan Rakyat Sabah
(12 September 2020 - 10 Disember 2022)
Penggabungan antarabangsaPartai Demokrasi Indonesia Perjuangan
Warna          Merah, Putih
SloganBersatu, Beramanah, Bermaruah[6]
Lagu partiPerjuangan Kita
Dewan Negara
70 / 70
Dewan Rakyat
222 / 222
Dewan Undangan Negeri
607 / 607
Menteri Besar dan Ketua Menteri
13 / 13
Simbol pilihan raya

Negeri selain Kelantan dan Terengganu

Di Kelantan dan Terengganu
Laman sesawang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia



Parti Pribumi Bersatu Malaysia, juga disingkatkan sebagai BERSATU atau kadangkala ditulis sebagai PPBM, ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Parti PPBM telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 14 Januari 2017 oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan Logo PPBM telah dibenar-pakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sehari selepas kelulusan pendaftaran parti tersebut. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah salah satu komponen utama (major component) dalam Perikatan Nasional (PN). Sebelum parti politik ini diluluskan oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS), parti ini dikenali sebagai Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia atau United Indigenous Association of Malaysia.

BERSATU bersama-sama Barisan Nasional, Parti Islam Se-Malaysia, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku sambil disokong Ahli Parlimen BEBAS membentuk kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan pada Mac 2020 lalu sebelum penyertaan Gabungan Rakyat Sabah pada bulan September tahun yang sama. BERSATU juga mengetuai Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Sabah dan menjadi sebahagian daripada ahli dalam pentadbiran kerajaan bagi Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Kedah. Manakala Kerajaan Negeri Perlis, Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Sarawak menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan.

Ketika BERSATU dalam kerajaan Pakatan Harapan, ia dipimpin oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan ketika itu (kini beliau telah menjadi Pengasas serta Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air sejak 8 Julai 2021).

BERSATU dahulu pernah menjadi salah sebuah parti dalam gabungan parti kerajaan Pakatan Harapan. Ia juga merupakan parti yang memimpin dalam gabungan parti pemerintah Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Johor dan parti dalam gabungan parti kerajaan bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Sabah. Ia juga merupakan parti pembangkang dalam Kerajaan Negeri Kelantan ketika dalam kerajaan Pakatan Harapan dari Mei 2018 hingga Februari 2020 lalu.

Pada pemilihan kepimpinan PPBM 2024 akan datang, yang dianggap oleh banyak pihak sebagai penting kepada arah tuju parti, bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin akan bertanding dalam pertembungan tiga penjuru, dengan bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin, dan bekas menteri kanan Mohamed Azmin Ali.

  1. ^ Tun, Mahathir Mohammad (2016-09-08). "PPBM secara rasminya ditubuhkan". chedet official. Dicapai pada 2020-09-08.
  2. ^ ASTRO AWANI, Hilal Azmi (2017-01-14). "Parti Pribumi Bersatu Malaysia didaftarkan". Astro Awani. Dicapai pada 2017-01-14.
  3. ^ ASTRO AWANI, Hilal Azmi (2017-01-14). "PPBM diluluskan secara prinsip oleh ROS". Astro Awani. Dicapai pada 2017-01-14.
  4. ^ "This apps information is from the official website of BERSATU (please see the bottom of the official website of BERSATU)" (dalam bahasa English). BERSATU.org. Dicapai pada 21 August 2021. Muhyiddin: Sila muat turun aplikasi rasmi MyBERSATU seperti yang tertera di bahagian paling bawah laman web rasmi Parti BERSATU MalaysiaCS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Malaysiakini (2020-02-24). "Muhyiddin: Bersatu quits Harapan". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-27.
  6. ^ Tan Sri, Muhyiddin (2020-03-10). "Slogan PPBM, "BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH"". PPBM Official Website. Dicapai pada 2020-03-10.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne